CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, February 10, 2009

~wanita~

cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis,bukan kerana merah kilauan lipstik,pada bibir memekar senyuman kosmetik,kelembutan kesopanan menghiasi jiwa.
cantiknya seorang wanita itu sebagai remaja,tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah,untuk menggoda pandangan nafsu mata,tetapi pada kehidupan terjaga,dari manjadi mangsa tohmahan dunia,wahai diriku renung-renungkanlah,dirimu sebagai seorang muslimah..
Biar kepahitan itu pergi,agar kemanisan mengisi...
Biarkan kekecewaan berlalu,agar kegembiraan mewarnai...
Biarkan kegelisahan lenyap,jangan kita hilang semangat...
penderitaan itu menyapa,agar kekuatan jana semula...biarkanlah diri ini derita,agar aku tahu keperitan diri ini...
Agar aku sedar kesengsaraan ini...Tak sama bahkan hanya secebis... Dari penderitaan Rasululllah s.a.w...Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya...
Tapi manusia yang menzalimi diri sendiri...Cahaya kelam pahala dosa...Berupaya memilihnya...
Walau kadang kala tersasar lantaran...
Pautan nafsu...Namun peluang dari-Nya sentiasa ada...Diturunkan ad-din memperhalusi akal...Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak...
Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti...Menjadi sebaik-baik umat...Tunduk sebagai hamba...Berjalan sebagai khalifah...Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "iman"...Menyemai sepohon "taqwa"...Agar dapat berteduh dari kepanasan "nafsu"...Agar dapat berlindung dari ayunan hasutan "syaitan"...dalam mencari "KEREDHAAN ALLAH S.W.T"...

Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

hello...

hye...
lmenye xmenulis dlm blog nie..
huh..
bz sgt2..
skang nie dh msok sem bru..
a new subject..a new lect..
n of coz..
a tonne of assignment, kuizes and test! :(
huhu...
btw..
tgh godek2 org nyre page..
tjumpe sumthng yg mcm menarik..
hayati lah k... :)